Carian
RM1 Bilion Diperuntukkan Untuk Mempercepatkan Automasi Dan Pendigitalan Industri Tempatan
November 6, 2020 Nazrin

Dengan wabak COVID-19 masih lagi sedang membelenggu dunia, negara kita nampaknya sedang memfokuskan kepada cara-cara untuk mengautomasi dan mendigitalkan industri-industri pembangunan tempatan.

Sejajar dengan itu, sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 tadi, ia telah diumumkan bahawa kerajaan, melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad akan melaksanakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri dengan memperuntukkan wang sebanyak RM1 bilion.

Skim ini dijangka akan menjadi sebuah pelan jangka masa panjang, khususnya untuk perniagaan-perniagaan SME untuk mempercepatkan mereka menggunakan teknologi baru dan berubah kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Kerajaan juga dilihat mahu memastikan banyak perniagaan memanfaatkan skim ini kerana ia akan ditawarkan secara berterusan sehingga 31 Disember 2023.

Komen