Rokok Elektronik Termasuk Vape Akan Dikenakan Duti Eksais 10% Bermula 1 Januari 2021
November 6, 2020
Lain-lain
Fahim Zahar
Kini dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti eksais 10% untuk barangan rokok elektronik dan vape. Manakala bagi cecair untuk rokok elektronik atau e-Liquid dikenakan duti eksais sebanyak 40 sen per milimeter.

Ini bermakna jika harga sebotol cecair elektronik 10ml berharga RM25, ia kini akan menjadi RM29. Bagi peranti pod dengan harga RM59 contohnya, akan menjadi RM64.90.
Selain vape,beberapa produk lain juga akan tertakluk dibawah peraturan baru ini, termasuk shisha.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.