Carian
Belanjawan 2021 Dibentangkan Dan Diedarkan Secara Digital
November 6, 2020 Nazrin

Selama ini, apabila Menteri-Menteri Kewangan menbentangkan belanjawan negara setiap tahun, mereka akan hadir ke bangunan Parlimen dengan sebuah beg yang dimuatkan dengan teks ucapan yang akan dibentangkan dihadapan ahli-ahli Parlimen.

Pada tahun ini, Dato’ Seri Tengku Zafrul Aziz telah mengatakan bahawa tahun ini, kerajaan akan mula memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar, dan mengurangkan penggunaan kertas.

Belanjawan tahun ini telah dibentangkan secara paperless, malah, teks ucapan beliau telah diedarkan kepada ahli-ahli parlimen menggunakan kod QR supaya ia boleh dibaca menggunakan peranti-peranti masing-masing tanpa membazir kertas.

Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insiatif kelestarian seperti SAVE 2.0 dan juga Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti untuk memastikan bahawa sumber-sumber semula-jadi negara ini boleh dinikmati oleh generasi akan datang.

Komen