Carian
Spesifikasi Penuh Dan Imej Redmi Note 9 5G Dan Redmi Note 9 Pro 5G Muncul Di TENAA
November 6, 2020 Fahim Zahar

Dua daripada tiga peranti Redmi Note 9 yang akan dilancarkan pada bulan ini mula muncul di laman TENAA. Dua variasi ini adalah Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G. Satu peranti kelihatan seakan Redmi K30 Pro dan satu lagi jelas kelihatan seperti Mi 10T Lite.

Redmi Note 9 5G

Peranti dengan nombor model M2007J22C ini disenaraikan menggunakan skrin 6.53-inci IPS LCD FHD+, bateri 4900mAh, sistem pengecasan 22.5W, dijana dengan cip MediaTek Dimensity 800U dan dipadankan dengan pilihan memori 4/6/8 GB RAM serta storan dalaman 64/128/256 GB.

Kamera pula dilihat dimuatkan dalam modul berbentuk bulat denagn tri-kamera dari lensa 48MP. Dua lagi lensa masih tidak diketahui, tetapi kamera swafoto disenaraikan sebagai 13MP.

Redmi Note 9 Pro 5G

Ia adalah Mi 10T Lite dengan sedikit perubahan. Skrin 6.67-inci IPS FHD+ dengan sokongan kadar segar semual adaptif 120Hz. Ia dijana denagn cip Snapdragon 750G, memori mencapai 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri adalah 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Kamera utama tidak disenaraikan, tetapi mungkin ini adalah model dengan kamera 108MP. Ia dilihat menggunakan kuad-kamera dan kamera swafoto adalah 16MP.

Kesemua peranti ini dijangka akan dilancarkan pada November ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen