Pelbagai inisiatif baru diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi. Menarik sekali tumpuan yang besar turut diberikan ke arah pembangunan lestari negara. Dana terbesar sebanyak 2 bilion diperuntukkan untuk Green Technology Financing Scheme 3.0 sehingga 2022.

Seterusnya RM50 juta diperuntukkan untuk menangani isu sampah dan sisi pepejal yang terperangkap di sungai. Sebanyak RM40 juta pula diperuntukkan untuk mengukuhkan pemantauan kualiti alam sekitar dengan mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara. Projek Integrated Island Waste Manangement di Johor dan Terengganu menerima dana RM10 juta. Ini adalah bagi mengurangkan kesan terumbu karang serta kehidupan laut.
Dana 20 juta juga diperuntukkan untuk Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti untuk membanteras pemburuan haram. Seramai 500 bekas tentera, polis dan orang asli akan menjalankan aktiviti rondaan ini. Dan seperti yang telah kami laporan sebelum ini, program SAVE 2.0 menawarkan e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk program ini.