Razer Kaira Pro Dan Kaira Gaming Headphone Diumumkan – Untuk Xbox Series X Dan Series S

Razer Kaira Pro Dan Kaira Gaming Headphone Diumumkan – Untuk Xbox Series X Dan Series S

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Razer kini memperluaskan penawaran aksesori audio mereka dengan memperkenalkan dua buah fon kepala baharu iaitu Razer Kaira Pro Dan Razer Kaira Gaming Headphone. Kedua-duanya merupakan fon telinga nirwayar yang direka untuk Xbox Series X Dan Series S.

Kedua-duanya juga berkongsi sejumlah spesifikasi yang sama termasuk dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 50mm (dengan magnet Neodymium), mikrofon HyperClear Supercardioid, kawalan audio menerusi butang-butang fizikal tersedia, sambungan dan jangka hayat bateri sekitar 15 jam. Tiada langsung sistem kawalan secara sentuhan ataupun NFC padanya.

Meskipun begitu, Razer Kaira Pro hadir dengan spesfikasi yang lebih tinggi berbanding versi standard. Di mana, ia dilengkapi sokongan Bluetooth 5.0 bagi membolehkan anda menyambungnya pada telefon bimbit dan PC. Selain, lampu latar RGB pada logo Razer. Seterusnya, ia juga mempunyai mikrofon yang terbina di dalam bertujuan untuk digunakan ketika bermain permua di mana-mana sahaja.

Ia juga mempunyai pelbagai tetapan melalui butang pratetap EQ seperti mod FPS untuk meningkatkan jejak langkah dan mod bass untuk pengalaman audio yang lebih baik. Untuk harga, Razer Kaira Pro ditawarkan pada harga $149.99 (~RM619), sementara Razer Kaira pula berharga $99.99 (~RM413) sepasang.



Paling Popular