Carian
Kekebalan Trump Di Twitter Akan Berakhir Januari Depan Sekiranya Beliau Kalah Pilihanraya Presiden
November 6, 2020 Effi Saharudin

Presiden Donald Trump ialah ketua negara yang diberikan gelaran Presiden Twitter. Beliau kerap menyuarakan pendapatan yang kontroversial pada platform media sosial ini. Ramai yang menggesa supaya beliau diharamkan selama-lamanya di platform tersebut kerana ciapan yang melanggar terma dan syarat. Namun begitu tindakan tidak diambil kerana kedudukan beliau sebagai ketua negara.

Tetapi kekebalan yang dikecapi akan berakhir Januari 2021 sekiranya beliau kalah kepada Joe Biden dalam pilihanraya presiden yang baru berlangsung. Kiraan undi masih dilakukan dengan Biden masih di hadapan. Trump menggunakan Twitter sejak dua hari lalu untuk menghantar ciapan yang menuduh berlakunya penipuan oleh penyokong Biden ketika pengiraan undi dilakukan. Akibatnya ciapan-ciapan ini dilabel sebagai tidak tepat oleh Twitter.

Selepas ini jika beliau terus menghantar ciapan berbentuk ciapan dan menyebarkan maklumat tidak tepat, beliau akan diberikan beberapa amaran. Sekiranya kesalahan terus dilakukan Trump, beliau akan diharamkan di platform seperti pengguna-pengguna lain.

Komen