Anda Kini Boleh Pra-Tempah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, Dan iPhone 12 Pro Max Di Malaysia

Anda Kini Boleh Pra-Tempah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, Dan iPhone 12 Pro Max Di Malaysia

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Apple Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu siri iPhone 12. Keempat-empat peranti dibawah siri iPhone 12 ini memasuki pasaran Malaysia pada waktu sama, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan juga iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 Mini

Seperti ramai sedia maklum, iPhone 12 Mini membawakan skrin bersaiz 5.4-inci, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan skrin 6.0-inci, dan iPhone 12 Pro Max dengan skrin bersaiz 6.68-inci. Kesemuanya menggunakan skrin OLED, dan dijana menggunakan cip Apple A14 Bionic.

Model iPhone 12 Mini dan iPhone 12 pula hadir dengan dwi-kamera belakang, sementara iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula hadir dengan tri-kamera belakang, Model iPhone 12 Pro Max juga turut hadir dengan sensor tambahan untuk rakaman yang lebih baik, serta penggunaan sensor-shift OIS.

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan iPhone 12 Mini pada harga bermula RM3399, iPhone 12 bermula RM3899, iPhone 12 Pro bermula RM4899, dan akhir sekali iPhone 12 Pro Max bermula RM5299.

Pra-tempahan boleh dilakukan bermula hari ini di Malaysia, dan ia akan dijual di kedai bermula 13 November 2020.

Pra-Tempah : iPhone di Apple Store



Paling Popular