Apple Menyenaraikan MagSafe Duo Charger Sebagai Akan Datang – Berharga RM589
November 6, 2020
Apple
Aman
Apple Malaysia kini telah menyenaraikan satu lagi aksesori terbaru dibawah keluarga MagSafe, iaitu MagSafe Duo Charger.

Dengan pengecas ini, pengguna boleh mengecas dua peranti – iPhone dan juga Apple Watch serentak melaluinya. Ia juga hadir dengan rekaan mudah dilipat dan dibawa bersama apabila anda keluar ke mana-mana.
Buat masa ini, aksesori ini sekadar disenaraikan sebagai akan datang sahaja. Melalui laman Apple Malaysia, MagSafe Duo Charger ini disenaraikan pada harga RM589.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.