Cari @ Amanz

Spotify pada hari ini sedia mempunyai pustaka penawaran fail audio berbentuk podcast yang sangat tinggi – dan tidak ketinggalan juga adalah penerbitan eksklusif untuk platform berkenaan.

Penawaran podcast telah ditambah sebelum ini di Spotify dalam memberikan alternatif untuk mendengar lagu sahaja. Malah, Spotify sendiri telah mengambil-alih beberapa syarikat dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena podcast.

Terbaru, melalui bancian rawak yang dilakukan Spotify, mereka memberikan petanda untuk hadir dengan sebuah pelan langganan baru yang mengkhususkan kepada langganan premium bagi akses podcast sahaja.

Melalui soalan bancian yang hadir, mereka memperlihatkan penawaran beberapa pelan – termasuk daripada akses kepada kandungan dengan sokongan iklan, atau dengan langganan yang menawarkan kandungan eksklusif untuk pengguna.

Apa pun, apa yang menarik perhatian melalui semua penawaran ini adalah ia tidak akan hadir dengan langgaan kepada muzik.

Buat masa ini, ia sekadar bancian rawak yang dilakukan oleh Spotify. Buat masa ini, ia tidak diketahui secara pasti lagi sama ada pihak Spotify sedang melihat secara serius untuk penawaran ini atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd