Carian
Guna Telefon Android 7.1 Nougat Dan Sebelumnya? Anda Akan Hadapi Masalah Mengakses Sejumlah Laman Web Pada 2021
November 8, 2020 Aman

Bagi anda yang menggunakan telefon Android menjalankan sistem operasi Android 7.1 dan sebelumnya, anda mungkin perlu menaik-taraf peranti anda untuk dapat kekal melayari sejumlah besar halaman web  di internet dengan lancar.

Terbaru, Let’s Encrypt yang mengeluarkan sejumlah persijilan HTTPS, telah mengumumkan peranti yang menggunakan Android 7.1.1 Nougat akan menghadapi masalah untuk mengakses web dengan persijilan mereka pada 2021 kelak.

Nougat

Seperti ramai sedia maklum, menjadi kebiasaan untuk peranti dengan sistem operasi lama hilang sokongan untuk sejumlah ciri-ciri dan fungsi baru. Apa pun, untuk peranti berasaskan sistem operasi Android, masalah ini boleh dikatakan agak besar, memandangkan sejumlah besar peranti jarang menerima kemaskini ke sistem operasi terbaru.

Ia diperkatakan terdapat sekitar 33.8% peranti Android yang menggunakan sistem operasi Android 7.1 Nougat dan sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan peranti dari tahun 2016 atau 2017, mungkin boleh menyemak peranti anda, dan memastikan anda mempunyai peranti terbaru untuk kekal menikmati ciri baru, dan juga perlindungan daripada pelbagai ancaman sekuriti.

Komen