Langganan Akhbar Digital Kini Turut Disertakan Dalam Pelepasan Cukai

Langganan Akhbar Digital Kini Turut Disertakan Dalam Pelepasan Cukai

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Belanjawan 2021 telah mengumumkan sejumlah inisiatif dalam terus mengurangkan beban pengguna. Salah satunya adalah termasuk had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup yang ditingkatkan daripada RM2500 kepada RM3000.

Menariknya adalah tambahan skop pelepasan juga kini diperluaskan lagi, dan akan turut menyertakan langganan akhbar digital dibawahnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah senarai akhbar digital yang tertakluk dibawah senarai pelepasan cukai gaya hidup ini – sama ada hanya untuk langganan tempatan, atau turut meliputi langganan antarabangsa, dan apakah yang disenaraikan sebagai langganan akhbar digital.



Paling Popular