Cari @ Amanz

Tianfu Cup dikatakan adalah acara penggodam yang paling berprestij di China, dengan beribu-ribu penggodam dari negara tersebut menyertainya.

Pada tahun ini, 15 pasukan penggodam diberi masa lima minit dan tiga cubaan untuk menggodam sejumlah besar perisian dan peranti menggunakan teknik dan kerentanan mereka sendiri.

Untuk setiap godaman yang berjaya, kumpulan-kumpulan ini akan diberi sejumlah wang bergantung kepada perisian/peranti yang dipilih dan kerentanan yang digunakan.

Perisian dan peranti yang berjaya digodam oleh mereka adalah seperti berikut:

  • iOS 14 menggunakan iPhone 11 Pro
  • Samsung Galaxy S20
  • Windows 10 (kemaskini April 2020)
  • Ubuntu
  • Chrome
  • Safari
  • Firefox
  • Adobe PDF Reader
  • Docker (Community Edition)
  • VMWare EXSi (hypervisor)
  • QEMU (emulator & virtualizer)
  • Perisian penghala TP-Link and ASUS

Kesemua kerentanan yang ditemui sewaktu acara penggodam ini telahpun diberitahu kepada syarikat-syarikat yang terkesan, dimana mereka akan mula memperkenalkan kemaskini sekuriti bagi perisian dan peranti yang terkesan.

Pemenang Tianhu Cup pada tahun ini ialah pasukan Qihoo 360, yang terdiri daripada penyelidik sekuriti Enterprise Security and Government and (ESG) Vulnerability Research Institute yang memenangi $744,500 daripada $1,200,000 yang diperuntukkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd