Semasa Samsung mengumumkan Galaxy Note20 Ultra, ia adalah satu-satunya peranti yang boleh menjalankan aplikasi Android pada Windows 10. Fungsi ini menggunakan aplikasi Your Phone yang terbina pada Windows 10 dan ia membenarkan banyak aplikasi dijalankan serentak. Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh pin aplikasi ke Taskbar seakan perisian Windowd biasa.

Fungsi ini walaupun sudah diumumkan, ia tidak boleh digunakan lagi. Sehinggalah baru-baru ini, Microsoft mengaktifkan fungsi ini dalam Windows Insider yang terkini. Peliknya, ia hanya menyokong peranti Samsung sahaja dan peranti Microsoft sendiri iaitu Surface Duo hanya menyokong fungsi Phone Screen.
Terdapat lebih 30 peranti Samsung disenaraikan, yang mana menurut sumber adalah peranti Samsung dengan fungsi Link to Windows boleh digunakan.
- SamsungĀ Galaxy S9, S9+
- S10, S10+, S10 Lite, S10e
- S20, S20+, S20 Ultra
- Note 9,
- Note 10, Note 10+, Note 10 Lite
- Note 20 5G, Note 20 Ultra 5G
- Xcover Pro
- Fold, Z Fold2 5G
- Z Flip, Z Flip 5G
- A8s
- A30s, A31
- A40, A41
- A50, A50s, A51, A51 5G
- A60
- A70, A70s, A71, A71 5G
- A80
- A90s, A90 5G