Peranti Oppo Dengan Kamera Bawah Skrin Tertiris – Adakah Ini Oppo Ace3?

Peranti Oppo Dengan Kamera Bawah Skrin Tertiris – Adakah Ini Oppo Ace3?

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Oppo adalah jenama pertama yang memperlihatkan peranti dengan kamera swafoto bawah skrin. Ia adalah peranti yang akan merealisasikan rekaan nirbingkai sebenar. Tetapi, peranti komersil dengan teknologi ini bukannya Oppo. Sebaliknya adalah ZTE Axon 20 5G. Terkini, peranti Oppo terbaru dengan teknologi ini telah tertiris. Adakah ini bermakna peranti ini akan tiba ke pasaran tidak lama lagi?

Peranti ini dilihat menggunakan rekaan skrin melengkung di kedua-dua sisi. Di setiap bucu ia kelihatan mempunyai bezel yang sedikit lebih tebal. Rekaan ini mirip dengan Huawei P40 Pro. Saiz skrin juga kelihatan agak besar. Menurut sumber, peranti ini adalah prototaip terbaru Oppo. Peranti ZTE ada masalah kualiti kamera swafoto yang tidak baik. Jika Oppo sudah bersedia, adakah ia akan lebih baik?

Tidak pasti bila lagi peranti ini akan tiba secara komersil. Tetapi baru-baru ini Oppo telah mempatenkan peranti yang kelihatan seakan OnePlus 7T yang dikatakan menggunakan kamera bawah skrin. Peranti dengan rekaan seperti ini juga pernah digunakan pada Oppo Ace2. Adakah ini bermakna peranti yang tertiris ini prototaip kepada Oppo Ace3? Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular