Ini Adalah Prototaip Nokia N95 Versi Moden – Peranti Boleh Luncur Untuk Hiburan

Ini Adalah Prototaip Nokia N95 Versi Moden – Peranti Boleh Luncur Untuk Hiburan

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Nokia N95 adalah peranti yang diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai peranti yang memfokuskan kepada multimedia. Ia juga merupakan peranti yang boleh luncur ke dua arah. Ke atas akan mendedahkan papan kekunci dan ke atas akan mendedahkan alat kawalan media. Seperti Nokia 3310 dan Nokia 8110, Nokia N95 juga merupakan peranti klasik yang ingin HMD kembalikan dalam versi moden.

Sayang sekali, versi moden N95 ini tidak dapat direalisasikan kerana masalah pada mekanisme luncur tersebut. Prototaip Nokia N95 versi moden ini didedahkan dalam video “When Phones Were Fun: Nokia N95” oleh MrMobile [Michael Fisher]. Peranti ini dilihat boleh luncur di bahagian sisi untuk mendedahkan sistem pembesar suara dan juga kamera. Sistem luncur ini mirip HTC 7 Surround. Melalui rekaan ini, ia boleh menjadikan Nokia N95 sebagai peranti dengan rekaan skrin nirbinkai, pembesar suara pintar mudah alih, melakukan panggilan video berkualiti tinggi dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut mempunyai lingkaran kamera yang boleh digunakan sebagai kaki untuk mendirikan peranti di permukaan rata. Ini membolehkan pengguna menikmati hiburan dengan pengalaman yang lebih baik dan tidak perlu kerap memegang peranti. Rekaan peranti juga dilihat moden dan menarik dan adalah iterasi N95 yang bagus.

Wakil Nokia, iaitu Juho Sarvikas turut berkongsi yang masalah mekanisme luncur ini adalah kamera dan pembesar suara tidak boleh diakses. Sasaran Nokia adalah, peranti ini selesa digunakan satu tangan, melintang dan juga menegak sambil boleh menggunakan sistem luncur. Nokia turut mempunyai idea membolehkan mekanisme ini meluncur secara menyudut.

Tidak pasti jika peranti ini akan dijadikan realiti, atau kekal sebagai konsep sahaja.



Paling Popular