Xiaomi Melancarkan Penyedut Jerawat Hitam Pintar

Xiaomi Melancarkan Penyedut Jerawat Hitam Pintar

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Xiaomi mengeluarkan pelbagai produk menarik seperti periuk nasi, vakum kompak, tablet, pemutar skru dan televisyen pintar selain telefon pintar. Di China mereka kini menghasilkan produk kecantikan pula dalam bentuk penyedut jerawat hitam Pinjing menerusi laman biayasama mereka Youpin.

Ia dilengkapi alat penyedut dengan kekuatan 68 kPa untuk mengeluarkan jerawat hitam dari liang roma kulit. Selain itu ia turut dilengkapi kamera dengan zum 16X yang memudahkan proses membersihkan kulit dengan imej dipaparkan pada telefon pintar menerusi aplikasi khas.

Dengan bateri sebesar 800 mAh, ia boleh beroperasi sehingga 80 minit dengan pengecasan semula dilakukan menerusi port USB-C. Terdapat tiga tahap sedutan boleh dipilih dan juga dua kepala penyedut. Di China penyedut jerawat hitam Pinjing ditawarkan pada harga RMB 129 (~RM 86) sebuah.



Paling Popular