Apple hari ini dilaporkan menggantung perniagaan mereka dengan Pegatron kerana kesalahan melibatkan tenaga buruh pelajar. Menurut laporan Bloomberg, Pegatron didapati menggunakan tenaga kerja pelajar yang melanggar kod etika pembekal Apple.
Pegatron didapati mengambil tenaga kerja pelajar yang kemudiannya didapati bekerja melebihi masa dari yang dibenarkan. Di dalam kenyataan rasmi Apple berkata mereka menggantung perniagaan dengan Pegatron selagi situasi ini tidak diselesaikan. Apple memandang berat tentang tenaga kerja latihan industri supaya mereka diambil berkaitan dengan program yang diambil di universiti dan melarang mereka bekerja melebihi masa atau sehingga malam.
Ini bukanlah kesalahan pertama yang dilakukan oleh Pegatron yang mengilangkan iPhone untuk Apple. Pada tahun 2014, kilang mereka di Shanghai didapati memaksa kakitangan kilang bekerja sehingga 16 jam untuk menghasilkan iPhone. Kakitangan turut didapati diletakkan di tempat kediaman yang sempit.