Carian
OnePlus Mengesahkan Kemas Kini Stabil Android 11 Menyebabkan OnePlus 8 Dan 8 Pro Terformat Dengan Sendiri
November 9, 2020 Fahim Zahar

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro adalah peranti mercu pertama OnePlus pada tahun ini sebelum OnePlus 8T muncul. Versi Pro adalah antara yang termahal OnePlus pernah jual dan menepati citarasa peminat seperti sokongan IP68 dan pengecasan nirwayar. Ketika dilancarkan, peranti ini menjalankan Oxygen OS 10 berasaskan Android 10. Terkini selepas beberapa bulan tiba ke pasaran, kemas kini stabil Oxygen OS 11 berasaskan Android 11 mula diedarkan.

Sayang sekali, walaupun ia adalah kemas kini versi stabil – ia tidak benar-benar stabil. Bagi pengguna Oxygen OS 11 Open Beta 3 pada siri OnePlus 8, kemas kini “stabil” melalui OTA ini menyebabkan peranti terformat secara tiba-tiba. Pengguna beta dinasihatkan supaya pastikan kemaksini baru yang diterima masih lagi Open Beta dan bukannya stabil. Paling mengecewakan adalah, OnePlus tiada jalan penyelesaian untuk membaiki isu ini dan pengguna yang terjejas terpaksa redha dengan data yang terus hilang begitu sahaja.

Apa yang OnePlus sarankan adalah, sebelum apa-apa kemaskini lakukan sandaran secara awanan atau OnePlus Switch dan pndahkan data sandaran ke lokasi lain. Versi Oxygen OS 11.0.1.1 adalah versi yang tidak sepatutnya diedarkan kepada pengguna beta. Menurut OnePlus, mereka tidak sengaja mengedarkan kemaskini ini.

Komen