Carian
MSI
MSI GE66 Raider Edisi Assassin’s Creed Valhalla Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM9999
November 9, 2020 Nazrin

Pada minggu lalu, kami telah melaporkan mengenai komputer riba MSI GE66 edisi Assassin’s Creed Valhalla mereka, yang sepatutnya dijual secara eksklusif di pasaran Jepun.

Terkini, MSI Malaysia telah mengesahkan bahawa komputer riba tersebut akan memasuki pasaran tempatan bermula esok, 10 November 2020.

Komputer riba ini mempunyai paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 240Hz, dan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-10875H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan dalaman SSD NVMe sebesar 1TB. Dari segi cip grafik pula, ia dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, rekaan komputer riba ini hadir dengan logo Assassin’s Creed bersama-sama dengan seekor burung gagak yang bernama Synin yang akan menjadi teman anda didalam permainan tersebut.

Setiap pembelian komputer riba ini akan tiba dengan satu salinan digital Assassin’s Creed Valhalla Gold yang hadir dengan sejumlah aksesori dalam-permainan.

Menurut MSI Malaysia, komputer riba ini akan tiba di pasaran tempatan bermula esok, 10 November di kedai atas-talian MSI Malaysia di Lazada pada harga RM9999.

Komen