ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dengan CPU Intel Tiger Lake Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM3999

ASUS ZenBook 13 Dan 14 Dengan CPU Intel Tiger Lake Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM3999

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba baru yang hadir dengan rekaan dan ciri-ciri premium, ASUS hari ini telah mengumumkan bahawa siri komputer riba premium mereka, ASUS ZenBook 13 dan 14 yang dikemaskini dengan siri CPU Intel Tiger Lake akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan saiz paparan berbeza, iaitu 13.0 dan 14.0 inci yang mempunyai resolusi Full HD yang mempunyai ketebalan bingkai 2.5mm di bahagian sisi kiri dan kanan komputer riba ini melalui teknologi yang dinamakan NanoEdge Display.

Dari segi spesifikasi dalaman, ASUS ZenBook 13 dan 14 ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-1135G7 ataupun Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe sebesar 512GB.

Komputer riba ini mempunyai ketebalan senipis 13.9mm, dan seberat 1.13kg sahaja, khususnya untuk model 14 inci. Ia juga dimuatkan dengan sejumlah palam I/O, termasuklah satu palam USB 3.2 Type-A, satu palam Thunderbolt 3 Type-C, satu palam Thunderbolt 4 Type-C, satu palam HDMI bersaiz penuh dan satu pembaca kad microSD.

Untuk sambungan nirwayar yang pantas, ASUS ZenBook 13 dan 14 turut dilengkapi dengan sokongan untuk Bluetooth 5.0 dan juga WiFi6.

ASUS ZenBook 13 dan 14 ini hadir dengan dua pilihan warna, termasuklah Pine Grey dan juga Lilac Mist. ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa untuk pasaran tempatan, hanya dua konfigurasi untuk kedua-dua model ini akan memasuki pasaran tempatan.

  • ASUS ZenBook 13 (Intel Core i5-1135G7) – RM3999
  • ASUS ZenBook 13 (Intel Core i7-1165G7) – RM4699
  • ASUS ZenBook 14 (Intel Core i5-1135G7) – RM3999
  • ASUS ZenBook 14 (Intel Core i7-1165G7) – RM4699

Sama seperti siri ASUS VivoBook 14/15 dan S15, siri komputer riba ASUS ZenBook 13 dan 14 ini akan tiba di pasaran tempatan melalui kedai atas talian Lazada pada 20 November kelak.



Paling Popular