Carian
Kos Baiki Siri Huawei Mate 40 Mencapai Sekitar RM4788 Di China
November 9, 2020 Fahim Zahar

Sehingga hari ini, Huawei Mate 40 masih tiada tarikh dan harga jualan untuk pasaran tempatan. Peranti ini adalah peranti mercu terbaru Huawei dengan kemampuan kamera gila hebat, spesifikasi yang menakjubkan dan rekaan yang kelihatan mewah. Di China, peranti ini sudah pun dijual dan baru-baru ini harga membaiki peranti ini telah didedahkan.

Seperti iPhone, peranti Huawei turut mempunyai harga alat ganti yang mahal dan mengejutkan. Berikut adalah harga untuk di pasaran China;

Huawei Mate 40 RS

  • Panel belakang: RMB 1879 (~RM1168)
  • Skrin: RMB 2079 (~RM1293)
  • Set kamera belakang: RMB 1185 + 845 + 330 (~RM1468)
  • Set kamera swafoto: RMB 418 (~RM260)
  • Papan induk: RMB 7699 (~RM4788)
  • Bateri: RMB 196 (~RM122)

Huawei Mate 40 Pro & Mate 40 Pro+ (Sama, kecuali kamera belakang)

  • Panel belakang: RMB 530 (~RM330)
  • Skrin: RMB 1679 (~RM1044)
  • Set kamera belakang: RMB 940 + 478 / RMB 1185 + 478 (~RM882/RM1034)
  • Set kamera swafoto: RMB 418 (~RM260)
  • Papan induk: RMB 3199 (~RM1989)
  • Bateri: RMB 196 (~RM122)

Harga yang sumber dedahkan hanyalah untuk RS dan siri Pro/Pro+. Harga bagi Mate 40 biasa tidak diketahui. Mungkin harga di Malaysia akan berbeza. Dengan melihat harga ini, ia amat mahal dan tidak masuk akal. Kelak bagi yang akan membeli peranti ini, pastikan anda menjaga peranti tersebut dengan baik.

Komen