Saham Zoom, Netflix Dan Amazon Terjejas Selepas Pengumuman Vaksin Covid-19 Oleh Pfizer

Saham Zoom, Netflix Dan Amazon Terjejas Selepas Pengumuman Vaksin Covid-19 Oleh Pfizer

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

Berita baik hari ini ialah calon vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech menunjukkan keberkesanan sehingga 90% dalam ujian klinikal yang baru sahaja selesai. Ini adalah petanda bahawa pengeluaran vaksin yang amat dinantikan ini akan dapat dilakukan sebelum penghujung 2020 dengan imunisasi diberikan bermula 2021. Tetapi berita baik hari ini adalah berita buruk kepada beberapa syarikat teknologi.

Zoom

Saham syarikat telesidang Zoom telahpun menyusut 13% ketika artikel ini ditulis. Sementara itu saham Netflix dan Amazon pula menyusut 5.59% dan 2.2% sejak Pfizer melakukan mengumumkan. Zoom ialah aplikasi telesidang yang paling popular sejak permulaan pandemik kerana menawarkan ciri yang penting seperti sokongan jumlah peserta yang ramai sebelum ditiru pesaing seperti Meet dan Teams.

Netflix mula mencatatkan peningkatan pelanggan yang di luar dari jangkaan kerana ramai duduk di rumah sepanjang tempoh PKP global awal tahun ini. Sementara itu Jeff Bezos, pemilik Amazon berjaya meningkatkan kekayaan melebihi $200 billion kerana permintaan tinggi pembelian atas talian.



Paling Popular