Sony Memasuki Arena Dron Melalui Airpeak
November 9, 2020
Dron
Sony
Aman
Sony hari ini mengumumkan penyertaan mereka dalam arena perniagaan dron, melalui perniagaan baru dinamakan Project Airpeak. Sony mengatakan, ia akan dilancarkan secara rasminya pada 2021 kelak.
Seperti ramai sedia maklum, Sony sedia mempunyai kepakaran dalam arena sensor pengambaran, dan dengan penyertaan ke arena dron, ia dijangka akan memudahkan lagi penghasilan rakaman video yang kreatif – serta menyumbang dalam arena perfileman dan hiburan.
Berbanding memfokuskan perusahaan, pengumuman Sony dilihat lebih ditujukan kepada pengguna – sekaligus akan membuatkan Sony bersaing dengan syarikat dron lain seperti DJI, dan Parrot.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.