Cari @ Amanz

Huawei Mate 30 Pro adalah peranti mercu pertama Huawei yang dilancarkan tanpa sebarang GMS. Ia merupakan peranti dengan skrin melengkung waterfall, takuk besar masih ada serta kemampuan kamera yang menakjubkan. Sehingga hari ini, peranti Mate adalah peranti yang baik dari segi spesifikasi – tetapi hambar dari segi perisian.

Walaupun begitu, Huawei masih tidak mengalah dan terus menjaga hati pengguna dengan kekal memberikan kemaskini kepada pengguna. EMUI 11 adalah sistem operasi terbaru Huawei yang masih lagi berasaskan Android. Walaupun kekal lagi dengan Android 10, ia masih membawa beberapa ciri dan fungsi menarik. Paling ketara adalah bahagian Always-On Display yang kini ada pilihan kustomasi, pelbagai corak serta rekaan, animasi serba baharu, ikon yang lebih hidup dan beberapa bahagian sekuriti.

Huawei Mate 30 Pro dilihat mula menerima kemaskini stabil EMUI 11 baru-baru ini. Bagi pengguna peranti ini, anda boleh semak notifikasi untuk kemaskini secara OTA. EMUI 11 mungkin adalah sistem operasi terakhir Huawei berasaskan Android sebelum peralihan kepada Harmony OS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd