Cari @ Amanz

OnePlus Dijangka Hadir Dengan OnePlus Nord SE

Oleh Aman

Link Copied!

OnePlus pada tahun ini menyaksikan pengenalan telefon pintar pada harga lebih mampu-milik dibawah siri Nord, dan mmenawarkan spesifikasi rendah ke pertengahan melaluinya.

Terbaru, hadir laporan baru mengatakan OnePlus bakal menambah satu lagi peranti dibawah siri Nord, iaitu OnePlus Nord SE. Ia dijangka akan mengekalkan harga yang sedikit rendah berbanding peranti mercu mereka, tetapi pada masa yang sama mengekalkan sejumlah ciri-ciri mercu – seperti pengecasan pantas padanya.

OnePlus Nord SE juga dijangka hadir dengan skrin AMOLED padanya, dan menggunakan cip Snapdragon 765G.

Telefon pintar baru ini dijangka akan diperkenalkan oleh pihak OnePlus pada awal 2021 kelak, selepas pelancaran OnePlus 9.


Komen ()