Oppo Hadir Dengan Oppo Reno4 Edisi Salah

Oppo Hadir Dengan Oppo Reno4 Edisi Salah

Diterbitkan pada Nov 10, 2020 oleh .

Oppo kini bekerjasama dengan salah seorang pemain bola sepak popular, Mohamed Salah, dan telah meperkenalkan telefon pintar edisi terhad, iaitu Oppo Reno 4 Mo Salah Edition.

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan penawaran sama seperti Oppo Reno4, termasuk skrin 6.4-inci OELD, dijana cip Snapdragon 720G, sokongan pengecasan pantas 30W – selain hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Edisi Salah ini turut hadir dengan rekaan eksklusif yang menyertakan wajah dan tanda tangan pemain tersebut di belakang peranti.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di pasaran timur tengah sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Edisi Salah ini akan ditawarkan pada peringkat global atau sebaliknya.



Paling Popular