Kajian Mendapati 20% Pesakit Covid-19 Akan Menghidap Penyakit Mental Dalam Masa 90 Hari

Kajian Mendapati 20% Pesakit Covid-19 Akan Menghidap Penyakit Mental Dalam Masa 90 Hari

Diterbitkan pada Nov 10, 2020 oleh .

Kesan jangka panjang fizikal terhadap pesakit Covid-19 ialah kapasiti paru-paru yang berkurangan dan kemandulan antara yang telah dilaporkan sebelum ini. Tetapi menurut kajian terkini Universiti Oxford, kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental juga kini mula dikesan.

Covid-19

Menurut kajian terkini mereka, setiap satu dari lima individu yang pulih dari Covid-19 menunjukkan petanda menghidap penyakit mental dalam masa 90 hari. Antara simptom yang ditemui adalah kemurungan, kegelisahan dan insomnia yang tidak dialami sebelum dijangkiti. Mereka juga kini berisiko lebih tinggi untuk mengalami dimensia dan kerosakan pada otak.

Kajian dihasilkan menggunakan data 69 juta individu dari Amerika Syarikat dengan 62,354 daripadanya penghidap Covid-19. Oleh itu penyelidik menyarankan supaya pengamal kesihatan menyelidik mengapa risiko penyakit mental meningkat di kalangan pesakit Covid-19 sembuh serta mencari rawatan bagi mengurangkan impaknya terhadap mereka. Kertas kajian ini telahpun diterbitkan di dalam jurnal The Lancet.



Paling Popular