Imej Sebenar Nokia 8000 4G Akhirnya Tertiris

Imej Sebenar Nokia 8000 4G Akhirnya Tertiris

Diterbitkan pada Nov 10, 2020 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, HMD Global akan melancarkan semula Nokia 8000 dan Nokia 6300 seperti yang mereka lakukan pada model-model klasik terdahulu. Hari ini imej sebenar Nokia 8000 4G akhirnya tertiris menerusi laman Winfuture.

Peranti yang menggunakan KaiOS ini mengekalkan rekaan candybar klasik dengan papan kekunci fizikal. Oleh itu ia boleh menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook. Skrin 2.8″ LCD dipadankan dengan cip Snapdragon 210, memori sebesar 512 MB RAM, storan sebesar 4GB, kamera sebesar 2MP dan bateri 1500 mAh. Pengecasan masih lagi menggunakan port mikro USB.

Memang ini bukanlah sebuah peranti pintar dan menyasarkan mereka yang mahukan sebuah telefon mudah alih berkelas asas. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui pada waktu ini.



Paling Popular