Cari @ Amanz

HMD Global kini mengumumkan Nokia 8V 5G UW secara rasmi – penawaran keseluruhan spesifikasi dilihat sama seperti Nokia 8.3 sebelum ini. Perbezaan utama adalah peranti ini hadir dengan sokongan mmWave 5G dan sub-6GHz bagi memberikan capaian Internet yang baik.

Untuk spesifikasi, ia mempunyai paparan bersaiz 6.81-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Selain itu, ia dilengkapi cip Snapdragon 765G, memori 6GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 64GB dan bateri 4,500 dengan pengecasan 18W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) (ZEISS optics) + 12-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman).

Sementara itu, kamera hadapan pula hadir dengan lensa tunggal sebesar 24-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, bluetooth 5.0 dan port USB Type-C. Untuk penawaran harga, Nokia 8V 5G UW dijual pada harga $699 (~RM2,877) seunit tetapi hanya ditawarkan kepada pelanggan Verizon di Amerika Syarikat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd