Cari @ Amanz

Harga jualan iPhone di setiap negara adalah berbeza. Ia bermain dengan faktor cukai yang berbeza bagi setiap negara serta pertukaran mata wang. Apple tidak pernah berkongsi dengan umum, bagaimana mereka menentukan harga jualan iPhone.

iPhone 12

Argentina kebiasaannya adalah negara dengan jualan iPhone paling mahal. Tetapi disebabkan sehingga hari ini iPhone 12 masih belum dijual di sana, Brazil kini menjadi negara dengan harga jualan iPhone 12 tertinggi dunia. Berikut adalah senarai harga perbandingan dengan pertukaran mata wang secara terus;

iPhone 12 Mini 64GB

  • Brazil: ~RM5358
  • Italy: ~RM4093
  • Mexico: ~RM4044
  • Portugal: ~RM4040
  • France: ~RM3945
  • India: ~RM3882
  • Malaysia: RM3399
  • Hong Kong: ~RM3190
  • United States: ~RM3006
  • Japan: ~RM2936

iPhone 12 Pro Max 512GB

  • Brazil: ~RM10717
  • India: ~RM8881
  • Italy: ~RM7990
  • Portugal: ~RM7941
  • France: ~RM7843
  • Mexico: ~RM7687
  • Malaysia: RM6699
  • Hong Kong: ~RM6328
  • Japan: ~RM5919
  • United States: ~RM5768

Jika dibandingkan, harga jualan di Malaysia agak murah. Malah antara keempat murah di antara semua negara yang disenaraikan di atas. Brazil jelas sekali mempunyai harga yang gila mahal. Ini mungkin pasaran sana tidak meriah seakan pasaran lain. Kemudian, Brazil juga merupakan negara dengan harga jualan Motorola amat murah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd