Carian
Tesco Bekerjasama Dengan FoodPanda – Memudahkan Anda Membuat Pesanan Barangan Runcit Dari Tesco Melalui FoodPanda
November 10, 2020 Aman

FoodPanda sedia memperluaskan penawaran aplikasi mereka untuk melakukan pesanan barangan runcit, dan beberapa barangan lain. Terbaru, dalam terus mengukuhkan penawaran barangan mereka, FoodPanda telah mengumumkan kerjasama dengan Tesco.

Melalui kerjasama ini, ia membolehkan para pengguna untuk melakukan pesanan meliputi sehingga 3000 barangan dari Tesco, termasuk makanan segar dan barangan runcit – dan mendapatkannya terus di rumah dalam tempoh masa sekitar 40 minit.

Tesco FoodPanda

Buat masa ini, perkhidmatan ini meliptui pengguna di Lembah Klang, dan memudahkan pengguna membuat pesanan melalui Foodpanda dari Tesco Paradigm Mall, Kepong, Extra Cheras, Extra Puchong, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Bukit Puchong, SHah Alam, Wangsa Walk, Setia Alam dan Selayang.

Tesco juga turut merancang untuk memperluaskan penawaran meliputi bahagian lain di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Komen