Cari @ Amanz

Boston Dynamics merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran robot mereka yang menyerupai pergerakan makhluk sebenar. Sebelum ini sendiri, Boston Dynamics sedia memperlihatkan keupayaan robot bergerak seperti manusia, selain turut hadir dengan robot seumpama haiwan yang boleh bergerak pada pelbagai permukaan tanpa masalah.

Boston Dynamics yang memulakan operasi dari Massachusetts Institue of Technology, sebelum ini telah diambil-alih oleh Google pada tahun 2013 yang lepas. Apa pun, pada 2017, Google menjualnya kepada firma pelaburan Softbank.

Terbaru, ia dilaporkan Softbank dalam perbincangan untuk menjual Boston Dynamics ini kepada Hyundai Motor. Ia dikatakan syarikat berkenaan dinilai sekitar $1 bilion.

Untuk makluman, Boston Dynamics sering dilihat lebih memfokuskan kepada kajian mereka dan keupayaan membina robot yang baik – berbanding dengan keupayaan membangunkan perniagaan mereka. Mungkin sekiranya ia diambil-alih oleh syarikat seperti Hyundai, akan dapat lebih diintegrasikan dalam arena perniagaan dan mampu menjana pendapatan melalui teknologi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd