Cari @ Amanz

Oppo pada tahun ini telah mempelbagaikan penawaran produk dibawah mereka. Selain telefon pintar semata, kini mereka turut telah menawarkan sehingga televisyen pintar dibawah jenama mereka.

Terbaru, kini hadir laporan baru, mengatakan Oppo turut akan memperluaskan portfolio produk dengan menawarkan tablet dan juga komputer riba pada tahun hadapan.

Memperluaskan penawaran ke tablet mungkin sesuatu yang sedia dijangka, tetapi dengan memperluaskan ke komputer riba – Oppo akan bersaing dengan lebih meluas bersama sejumlah jenama yang lain.

Pada hari ini, pasaran komputer riba sedia diterajui oleh jenama seperti Acer, Asus dan Lenovo. Namun, pelbagai pengeluar peranti mudah-alih turut telah memulakan penawaran komputer riba tersendiri, termasuk Huawei, Honor, dan juga Xiaomi.

Sekiranya Oppo menyertai arena ini, tidak mustahil kita turut melihat sub-jenama mereka, Realme melakukan perkara yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd