Tahun ini genap lima tahun acara JomLaunch telah diadakan sejak tahun 2020. Setiap tahun JomLaunch berjaya mengketengahkan projeck ICT hasil inovasi anak tempatan termasuklah yang menempa nama seperti RunCloud, Maideasy, DNS Vault dan pelbagai lagi.
Untuk edisi ke-8 JomLaunch tahun ini, acara ini akan diadakan secara maya selama seminggu dari 23 November sehingga 28 November dinamakan Minggu JomLaunch Malaysia dengan acara ucaptama dari Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin. Jika dahulu pada satu hari akan terdapat lebih dari 10 projek dipersembahkan, kali ini 4 projek dipersembahkan setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat. Lima projek pilihan akan berpeluang untuk menyertai sesi khas bersama menteri MOSTI selepas acara ini.
Selain dari format kebiasaan JomLaunch yang diadakan secara virtual, pada hari terakhir 28 November akan diadakan acara JomLaunch Asia. Pada hari tersekut akan terdapat penceramah antarabangsa yang akan berkongsi ilmu kepada peserta, antaranya Asep Bagia dari Tania, Fajar Siddiq yang aktif di platform Product Hunt & IndieHackers, Kyle Gawley dari framework Gravity, Warren Leow dari Amazing Fabels, Takuya Matsuyama dari Inkdrop dan Ryzal Yussof dari Readermode.
Acara yang diadakan dengan platform Airmeet ini mempunyai tiga jenis kemasukan tiket, dengan tiket Minggu JomLaunch Malaysia pada harga RM 60 (+RM10 Penghantaran T-Shirt), tiket JomLaunch Asia pada RM 100 (tanpa T-shirt) atau tiket kombo kedua-dua acara pada harga RM 150 (+RM10 penghantaran T-shirt).
Terdapat pelbagai cabutan bertuah, kuiz, pertandingan yang menawarkan hadiah menarik jadi cepat daftarkan diri anda untuk acara JomLaunch 2020.
- Daftar: JomLaunch 2020