Persoalan mengenai keperluan mengimbas kod QR MySejahtera di stesen petrol terjawab hari ini menerusi kenyataan rasmi dari Datuk Ismail Sabri sebentar tadi. Menurut beliau orang ramai yang mengisi minyak menggunakan kad kredit, kad debit, pembelian barangan dari tingkap dan aplikasi peranti mudah alih tidak perlu melalukan imbasan.
Orang ramai yang ingin mengisi angin ke dalam tayar juga diberikan pelepasan. Mereka yang ingin menggunakan tandas, membasuh kereta dan pergi ke bengkel untuk membaiki kenderaan walau bagaimanapun tidak diberikan pelepasan.
Pendek kata lawatan ke stesen petrol yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain secara sua muka tidak perlu mengimbas MySejahtera. Dengan pengumuman hari ini diharap kesemua kekeliruan akan selesai.