Nikmati Pulangan Tunai Sehingga 30% Dengan ShopBack Sempena Jualan 11.11

Nikmati Pulangan Tunai Sehingga 30% Dengan ShopBack Sempena Jualan 11.11

Diterbitkan pada Nov 10, 2020 oleh .

Bagi memeriahkan kempen beli-belah jualan terbesar 11.11, pengguna ShopBack kini boleh menikmati pulangan tunai sehingga 30% apabila berbelanja secara atas talian dengan rakan kongsi platform ini. Senarai rakan kongsi e-dagang mereka termasuklah Foodpanda, Shopee, Taobao, ZALORA, FashionValet, Booking.com dan sebagainya.

Selain daripada rebat tunai, pengguna ShopBack juga boleh menikmati sejumlah lagi tawaran menarik lain – termasuklah baucar diskaun eksklusif bagi pengguna baharu dan sedia ada dan promosi jualan kilat dengan tawaran menarik. Di samping itu, pengguna juga boleh sertai cabaran ShopBack Challenge bagi membolehkan anda berpeluang mendapat bonus pulangan tunai sehingga RM100.

Dalam pada itu, pengguna juga berpeluang untuk menebus koleksi terhad Cashback Troopers enamel pin dengan menyertai permainan ShopBack Cashback Troopers bermula 12 November ini. Terhad 200 unit sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang yang bertuah untuk menebusnya. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran menarik daripada ShopBack, sila klik pada pautan yang kami sertakan di bawah.

Layari : ShopBack



Paling Popular