Cari @ Amanz

Kamera utama OnePlus 8 Pro sebelum ini dikatakan merangkul sebanyak 119 mata dalam ujian penanda aras DxoMark. Namun, ia telah dikemaskini menerusi laporan terbaru dengan kutipan mata sebanyak 118 pula. Dalam perkembangan sama, DxoMark turut berkongsi laporan penanda aras untuk kamera swafoto pada peranti ini.

Keputusan memperlihatkan, OnePlus 8 Pro berjaya mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 93 mata. Sekaligus, memposisikannya setanding dengan kamera hadapan Huawei Mate 30 Pro. Selain, dilihat sekali lagi mendahului iPhone 11 Pro Max. Melaluinya, ia menerima sebanyak 97 mata untuk kemampuan fotografi. Manakala, 87 mata pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan pada kemampuan kamera menghasilkan gambar dengan keperincian yang baik pada pencahayaan cukup. Selain, sistem imbangan puith yang tepat dan persembahan warna yang jelas. Kritikan pula diberikan pada julat dinamik yang terhad, perincian kurang memuaskan pada situasi pencahayan rendah dan masalah hingar yang ketara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd