Cari @ Amanz

Shopee dan sejumlah laman edagang kini menjalankan jualan 11.11, yang memperlihatkan permintaan tinggi dikalangan pengguna untuk membeli sejumlah barangan pada harga diskaun.

Walaupun pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menghadapi permintaan tinggi bersempena jualan 11.11, beberapa perkara masih tidak dapat dielakkan.

Terbaru, Shopee mengumumkan mereka menghadapi masalah dengan sistem baucar, sekaligus menyukarkan anda untuk memilih penghantaran percuma ketika melakukan pembayaran.

Shopee mengatakan mereka sedang mengatasi masalah ini, dan berharap akan menyelesaikannya secepat mungkin.

Bagi anda yang menggunakan Shopee, adakah anda menghadapi masalah sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd