Carian
Apple Memperkenalkan Cip Pertama Dibawah Apple Silicon Untuk Mac – Apple M1
November 11, 2020 Aman

Apple sedia mengumumkan perancangan mereka untuk beralih menggunakan cip pemprosesan tersendiri, menggantikan penggunaan cip Intel. Hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi lanjut berkenaan dengan perkara berkenaan, termasuk mengumumkan cip pertama untuk komputer riba daripada Apple Silicon.

Dinamakan Apple M1, ia menawarkan binaan berasaskan 5nm, dan hadir berasaskan kepada ARM. Cip ini menawarkan gabungan CPU 8-teras, GPU sehingga 8-teras, serta Neural Engine 16-teras.

Cip pemprosesan ini juga turut menawarkan sokongan untuk USB 4, disamping Apple mengatakan ia turut menawarkan sokongan pengaktifan serta-merta, disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang baik.

Apple turut memperlihatkan yang mana cip ini menawarkan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik, disamping pada masa yang sama lebih efisien dan jimat penggunaan tenaga bateri.

Komputer riba pertama yang hadir dengan cip Apple M1 ini adalah MacBook Air terbaru.

Komen