Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka khusus untuk komputer, iaitu Apple M1. Selari dengannya, Apple turut mengumumkan produk pertama yang menggunakannya, iaitu Apple MacBook Air 2020.

MacBook Air terbaru ini kini hadir dengan cip Apple M1 berasaskan Arm, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik termasuk seperti penjimatan tenaga, dan pengaktifan serta-merta apabila dibuka skrin. Penggunaan cip berasaskan Arm juga membuatkan ia beroperasi dengan lebih senyap berbanding sebelum ini.

Menariknya juga, komputer diba dengan skrin 13.3-inci ini, turut dilengkapi dengan sokongan bateri sehingga 18 jam. Apple menggunakan papan kekunci Magic Keyboard pada Apple MacBook baru ini, selain menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM, serta storan sehingga 2TB.

Apple MacBook baru ini hadir dengan sistem operasi macOS Big Sur, dan turut berupaya menjalankan aplikasi iPhone dan iPad.

Di Malaysia, MacBook Air berasaskan cip M1 ini ditawarkan pada harga bermula RM4399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd