Cari @ Amanz

MacBook Air telah dikemaskini pagi tadi dengan cip kendiri Apple M1. Ia menawarkan peningkatan prestasi grafik sehingga 5X ganda dan bateri sehingga 18 jam. Ini ialah perubahan paling drastik pada senibina cip Apple sejak perpindahan semula ke Intel lebih 10 tahun yang lalu. Apa yang mungkin ramai tidak sedari ialah Apple kini telah menghentikan penjualan kesemua model MacBook Air yang berasaskan cip Intel.

Tindakan ini amatlah mengejutkan kerana MacBook Air baru sahaja diberikan kemas kini pada bulan Mac yang lalu dengan papan kekunci Magic menggantikan kekunci rama-rama. Produk yang tidak sampai setahun jagung telah dihentikan serta merta dengan pengumuman semalam. Pada waktu ini pengguna diberikan pilihan dua model MacBook Air sahaja dengan storan 8/256GB pada harga RM4399 dan 8/512Gb pada harga RM5399 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd