Ujian Rintis GrabSupermarket Bermula Hari Ini Dengan Kos Penghantaran Percuma

Ujian Rintis GrabSupermarket Bermula Hari Ini Dengan Kos Penghantaran Percuma

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Ekonomi gig dilihat akan menjadi norma baharu dengan semakin ramai pekerja diberhentikan kerana penangan Covi-19. Khidmat penghantaran barangan mendapat permintaan tinggi kerana kerisauan orang ramai untuk keluar dari rumah terutamanya mereka yang tinggal di dalam zon merah. Hari ini Grab mengumumkan ujian rintis GrabSupermarket mereka di Petaling Jaya.

GrabSupermarket bukanlah pengganti kepada GrabMart. Ia masih menawarkan pembelian barangan runcit seperti makanan segara, makana beku dan makanan beku tetapi dengan kos penghantaran percuma. Kekurangannya di sini ialah barangan akan hanya dihantar sehari selepas pesanan dan dilakukan dari jama 8 – 10.30 malam sahaja. Menariknya di sini ialah tiada jumlah pesanan minimum diperlukan apabila menggunakan GrabSupermarket.

Pada waktu ini GrabSupermarket hanya boleh digunakan oleh pelanggan yang tinggal di Seksyen 12 dan 13 Petaling Jaya. Bagi mereka yang tidak mahu keluar dari rumah ini mungkin pilihan yang menarik.



Paling Popular