Leica Q2 Monochrom Dilancarkan Dengan Sensor 46.7 MP – Berharga RM26,850

Leica Q2 Monochrom Dilancarkan Dengan Sensor 46.7 MP – Berharga RM26,850

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Hari ni Leica Q2 Monochrom dilancarkan sebagai model kamera digital hitam putih kepada Leica Q2 yang dilancarkan Mac 2019. Apakah perbezaan yang dilakukan? Pertama sekali Q2 Monochrom tidak hadir dengan logo Leica berwarna merah. Sebaliknya hanya perkataan Monochrom diletakkan pada bahagian atas kamera.

Sensor monokrom 46.7 MP bingkai penuh digunakan yang adalah lebih kecil berbanding 47.3 MP pada Q2 biasa. Ini dipadankan pula dengan lensa Summilux 28mm f/1.7 ASPH. Sebuah viewfinder OLED 3.68 megapixel disertakan dengan skrin LCD 3.0″ pada bahagian belakang dengan sokongan sesentuh.

Kamera mampu merakam sehingga video 4K pada kadar 30 atau 24 FPS. Pada tetapan 1080P pula terdapat tetapan sehingga 120, 60, 30 dan 24 FPS. Leica Q2 Monochrom dijual pada harga RM26,850 sebuah.



Paling Popular