Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note20 adalah peranti Android pertama yang mempunyai Ultra-Wide Band (UWB). Ia adalah teknologi baharu untuk sambungan nirwayar seperti mencari lokasi, membuat tambatan, carian peranti yang lebih jitu untuk berkongsi fail dan banyak lagi. Xiaomi pula memperlihatkan demo UWB dengan Mi 10 Ultra yang boleh mengawal peranti berhubung yang menarik dan hebat.

Terkini, Google telah membuat keputusan baru bagi meluaskan lagi penggunaan UWB dalam peranti Android. Google telah menambah API UWB ini di dalam kod Android agar memudahkan pengeluar peranti mudah mengimplementasikan teknologi ini. iPhone 11 dan iPhone 12 serta Galaxy Note20 adalah peranti yang mempunyai teknologi ini. Kelak kita mungkin akan lihat lebih banyak peranti Android hadir dengan teknologi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd