Google Mengembangkan Lagi Sokongan “zero-touch” – Memudahkan Peranti Android 9.0 Ke Atas Digunakan Untuk Perusahaan

Google Mengembangkan Lagi Sokongan “zero-touch” – Memudahkan Peranti Android 9.0 Ke Atas Digunakan Untuk Perusahaan

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

zero-touch adalah program daripada Google untuk peranti-peranti Andorid terpilih berubah menjadi peranti untuk kegunaan perusahaan. zero-touch biasanya terus diberikan kepada penjual peranti agar memudahkan mereka membuat tetapan. Ini bermakna, sebaik sahaja sesebuah syarikat membeli peranti-peranti ini – ia boleh terus digunakan oleh syarikat tersebut dengan tetapan dan penggunaan khusus untuk kerja.

Baru-baru ini, Google mengembangkan sokongan zero-touch ini agar lebih banyak peranti Android boleh digunakan untuk perusahaan. Google kini menawarkan sokongan zero-touch ke semua peranti Android 9.0 ke atas. Bagi peranti Samsung pula, buat masa ini hanya peranti yang menyokong Android 11 terlebih dahulu seperti Galaxy S20, Note20, siri tahan lasak dan tablet Galaxy S7/7+. Melalui sokongan ini, Google turut akan mengedarkan akses kepada penjual peranti agar mudah untuk terus menetapkan mod kerja pada peranti yang dibeli oleh sesebuah syarikat.



Paling Popular