Cari @ Amanz

Industri penerbangan adalah antara yang terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19. Di Malaysia sahaja ribuan pekerja syarikat penerbangan kehilangan sumber pencarian kerana tiada penerbangan dibenarkan. Sebagai langkah mengembalikan kepercayaan pelanggan kepada Industri. Skytrax melancarkan markah penilaian keselamatan Covid-19 untuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

Pada waktu ini hanya British Airways, Lufthansa, Aegean Airlines dan Easyjey telah diberikan empat daripada lima bintang berdasarkan penilaian seperti kebersihan kabin, langkah yang diambil untuk nyahkuman, penjarakan sosial dalam kabin, proses daftar masuk nirsentuh dan kemudahan membasmi kuman untuk penumpang. Markah penilaian ini ialah penambahan kepada markah yang diberikan oleh Skytrax yang selama ini hanya menumpukan kepada kualiti perkhidmatan.

Pada waktu ini Skytrax akan menumpukan penilaian kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang Eropah terlebih dahulu sebelum ke Timur Tengah serta Amerika Selatan. Kemudian menjelang penghujung 2020, penilaian untuk benua Asia dan Amerika Utara pula akan dilakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd