Pengguna Samsung Galaxy S20 Dan Note20 Melaporkan Masalah Pengecasan Nirwayar

Pengguna Samsung Galaxy S20 Dan Note20 Melaporkan Masalah Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Peranti mercu Samsung adalah peranti yang padat dengan fungsi dan ciri menarik. Mungkin tidak semua pengguna akan menggunakan fungsi dan ciri tambahan ada pada peranti-peranti Samsung, tetapi mereka tetap beli kerana mereka bersyukur dengan apa yang mereka bayar. Salah satu fungsi ini adalah sistem pengecasan nirwayar.

Terkini, ramai pengguna mula melaporkan yang peranti-peranti seperti Samsung Galaxy Note20, Note20 Ultra, Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra mempunyai masalah pengecasan nirwayar. Laporan ini mula muncul selepas kemaskini tampalan sekuriti bulan September dan Oktober diedarkan. Antara masalah ini adalah, peranti hanya mengecas secara nirwayar pada kadar 5W dan tidak memaparkan Fast wireless charging yang mengecas pada kadar 15W. Tetapi peranti lama Samsung menggunakan pengecas yang sama berfungsi seperti biasa.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Tetapi ada kemungkinan besar, masalah-masalah ini akan diperbaiki dalam kemaskini sekuriti bulan November kelak.



Paling Popular