Cari @ Amanz

Youtube, laman video nombor satu dunia sedang mengalami gangguan di peringkat global. Pada waktu ini sekiranya laman dan aplikasi digunakan, pengguna dapat melihat ia seakan berfungsi seperti biasa. Tetapi apabila imej kecil ditekan, video tidak dapat dimainkan dengan animasi sedang memuatkan video berputar tanpa henti.

YouTube Music juga mengalami masalah dengan muzik yang ingin didengari mengambil masa sehingga 30 saat sebelum mula berkumandang. Pihak YouTube telah mengesahkan mereka menyedari masalah ini dan sedang melakukan usaha mengembalikan perkhidmatan yang terjejas dengan segera. Pada awalnya masalah hanya melibatkan pengguna YouTube Studio yang tidak boleh memuat naik video. Ia kemudiannya merebak sehingga semua pengguna tidak boleh menonton sebarang video.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd