Skor Penanda Aras Menunjukkan Apple M1 Jauh Memintas CPU Intel

Skor Penanda Aras Menunjukkan Apple M1 Jauh Memintas CPU Intel

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Apabila Apple memperkenalkan SoC Apple M1 mereka bersama-sama dengan komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro yang baru, mereka mengatakan bahawa ia merupakan cip pemprosesan paling berkuasa yang dibangunkan mereka setakat ini.

Ramai orang, termasuk saya berasa sangsi mengenai kata-kata Apple, khususnya kerana graf yang ditunjukkan mereka tidak mengatakan cip apakah yang dibandingkan dengan Apple M1.

Hari ini, laporan daripada MacRumors menunjukkan skor penanda-aras GeekBench yang menunjukkan skor Apple M1 jauh memintas CPU komputer riba keluaran Intel didalam ujian satu teras dan multi-teras.

Dalam ujian satu teras, Apple M1 yang digunakan dalam peranti macBook Air dilihat mendapat skor 1687, jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan peranti Apple yang ada di pasaran sekarang, termasuklah iMac 27 inci yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-10910.

Dalam ujian multi-teras pula, ia dilihat bahawa Apple M1 mempunyai skor penanda-aras 7433, jauh lebih tinggi berbanding dengan MacBook Pro yang dikuasakan CPU Intel Core i9-9980HK.

Ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa kata-kata Apple mengenai cip pemprosesan M1 mereka jauh lebih baik berbanding dengan cip Intel yang digunakan sebelum ini mungkin benar.

Ujian penggunaan dunia masih belum diketahui lagi, tetapi nombor penanda-aras yang memberangsangkan ini pasti akan membuat mereka yang sedang menunggu untuk membeli sebuah peranti MacBook Air atau MacBook Pro ini tertunggu-tunggu untuk kehadirannya.



Paling Popular